Showing posts with label pemahaman. Show all posts
Showing posts with label pemahaman. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Ayam jantan Yang Sombong



 
Di dalam sebuah kampung, tinggal sekeluarga petani. Petani menanam berbagai jenis tanaman di sebuah kebun berhampiran. Petani turut memelihara sekumpulan ayam di belakang rumahnya.

Di dalam kelompok ayam itu terdapat seekor ayam jantan bernama Montel.Si Montel sangat angkuh dan tidak mahu bergaul dengan ayam-ayam lain. Si Montel merasakan yang dirinyalah paling gagah di reban itu. Setiap kali waktu makan, Si Montel tidak membenarkan ayam-ayam lain menghampirinya. Ayam-ayam lain hanya dapat menikmati makanan setelah Si Montel kenyang dan beredar ke tempat lain.

Pada suatu hari, seekor musang yang lapar lalu di kawasan reban. Musang ternampak Si Montel sedang makan sendirian. Musang segera menerkam ke arah Montel. Si Montel terkejut lalu menjerit dengan kuat. Si Montel melompat dan menendang musang itu untuk mempertahankan dirinya. Ayam-ayam lain menjadi riuh rendah. Mereka bimbangkan keselamatan Montel.

Bunyi bising itu menarik perhatian seekor angsa kepunyaan jiran petani. Angsa berlari ke belakang rumah petani untuk mengetahui apa yang berlaku. Sesampainya di sana angsa terlihat Si Montel sedang bermati-matian berlawan dengan seekor musang. Si Montel telah kepenatan dan bila-bila masa saja boleh ditewaskan oleh pemangsanya.

Angsa menerpa ke arah Si Montel dan si musang. Angsa mematuk badan dan kepala musang dengan paruhnya yang keras. Angsa juga berbunyi dengan suaranya yang serak dan nyaring. Bunyi dan patukan angsa yang kuat memeranjatkan musang. Musang segera melarikan diri ke hutan berdekatan .

Si Montel juga terkejut dengan kehadiran angsa. Si Montel berterima kasih kepada angsa dan ayam-ayam lain. Si Montel tidak menyangka yang angsa jauh lebih kuat dan gagah berbanding dirinya. Kini Si Montel tidak sombong lagi.


Oleh : Zaiton Bte Abdul Karim

Pengajaran Cerita
  1. Jangn berbanggga diri dan bersikap sombong, kelak kita yang malu sedangkan ada yang lebih baik dari kita.
  2. Oleh itu kita hendaklah mejaga budi bahasa yang baik supaya dapat bergaul dengan mereka tanpa ada rasa sombong dan riak.
  3. Mungkin kita rasa kita adalah terbaik tapi kita jangan lupa yang sebenarnya ada yang lebih baik.
  4. Bersikap rendah diri lebih baik dari bersikap sombong.

Tuesday, 18 October 2011

Bersama Upin & Ipin Video

Mari kita ikuti bersama Upin dan Ipin dalam episod mereka 'Seronoknya membaca'

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 3

Pengajaran Cerita
  • Jangan sesekali menghina insan lain yang serba kekurangan kerana kelak dia mungkin akan menjadi lebih baik dari kamu kerana usaha kerasnya.
  • Kita janganlah berasa sombong dan bongkak atas kelebihan yang kita ada. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
  • Jika ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun dan jangan leka jika sudah berjaya dipertengahan jalan kerana belum pasti kamu akan berjaya sehingga ke saat akhir.
  • Walaupun anda mungkin seorang yang tidak dikurniakan kehebatan dan bakat, anda boleh menjadi seseorang yang berjaya jika anda terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.

Thursday, 13 October 2011

Anjing Dan Bayang-Bayang

Di dalam sebuah kampung, ada seekor anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa yang mahu mendekatinya apatah lagi untuk memeliharanya. Sebelum ini, anjing tersebut telah dipelihara oleh satu keluarga berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka dan makanannya pula disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik berkilat kerana sentiasa disikat dan dimandikan oleh tuannya setiap hari. Apabila ia berasa lapar, ia tidak perlu mencarinya kerana makanannya telah disediakan di hujung beranda. Tetapi apabila ia sudah tua, tuannya tidak mahu memeliharanya lagi malah ia dihalau seperti anjing kurap. Betul kata pepatah melayu anjing kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan tidak berguna lagi.

Setiap hari sukar bagi anjing tersebut untuk mencari makan. Apabila terserempak dengan manusia pula, ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya dengan kayu. Terpaksalah anjing itu lari menyelamatkan dirinya kerana takut akan terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu atau kayu di kaki atau di badannya. Apa lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Setiap hari anjing tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan agar ada saki baki makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang lapar.

Pada suatu hari, sedang anjing itu berjalan-jalan di satu kawasan kampung, tiba-tiba ia telah terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira tidak terkata kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat anjing tersebut menggonggong tulang itu dan ia pun berlari dengan sekuat hatinya agar tidak ada sesiapa yang melihatnya.

byg2

Anjing itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah ia sampai di sebuah sungai di hujung kampung. Anjing tersebut terpaksa melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar dia boleh memakan tulang itu dengan tidak ada sesiapa yang akan mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-hati agar tulang itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia terasa seperti ada anjing lain yang sedang mengikutinya. Perlahan-lahan ia berjalan di tepi titi tersebut dan kelihatan ada seekor anjing lain yang sedang menggonggong tulang sepertinya.

Tiba-tiba timbul perasaan tamak di dalam hatinya. Maka ia pun berfikir jika dia dapat mengambil tulang yang digonggong oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu lagi tulang yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil menunjukkan taringnya yang tajam untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu. Dengan salakannya itu ia mengharapkan agar anjing yang berada di dalam sungai itu lari kerana takut dan meninggalkan tulang yang sedang digonggongnya.

anjing sedang melihat bayang-bayangnya di dalam air

Apatah lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai. Terkebil-kebil matanya melihat tulangnya yang telah hilang dari penglihatannya dan tenggelam tidak kelihatan lagi. Alangkah kasihannya anjing tersebut kerana dia tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja diperoleh pada hari itu.

Kesimpulan dari cerita ini ialah orang yang tamak selalu rugi. Sekiranya anjing tua itu tidak berasa dengki terhadap anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu tulangnya tidak akan jatuh ke dalam sungai. Diharap adik-adik jangan ada perasaan tamak atau dengki terhadap oang lain, kerana sikap itu boleh merugikan diri sendiri dan sikap yang sedemikian adalah sikap yang tercela di sisi Allah.

Selain itu ia memberi pengajran kepada kita agar manusia tidak tergopoh gapah melakukan sesuatu tanpa mengatahui apa yang ada di hadapannya.Kita perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu dan perlu berfikir semasak-masaknya.

Sunday, 9 October 2011

Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

ass


Kisah Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

PADA suatu masa dahulu, terdapat tiga bersaudara daripada keturunan Bani Israel. Mereka hidup dalam kemiskinan dan sentiasa dihina. Salah seorang daripada tiga bersaudara itu digelar Si Sopak.

Dia digelar begitu kerana kulitnya dijangkiti penyakit sopak. Saudaranya yang kedua, botak kepalanya. Maka digelarnya Si Botak. Yang ketiga digelar Si Buta, kerana matanya buta.

Pada suatu hari, Si Sopak berkata: "Alangkah bahagianya aku jika kulitku sehalus sutera dan aku pula menjadi kaya."

Allah mendengar kata-kata itu dan mengutuskan malaikat pergi ke rumah Si Sopak dalam bentuk manusia. Malaikat itu bertanya kepada Si Sopak: "Apakah yang engkau inginkan?"

"Kulit yang halus dan sihat daripada penyakit ini. Aku juga inginkan unta agar aku boleh menternaknya nanti," kata Si Sopak.

Malaikat pun menyapu sekujur tubuh Si Sopak. Kulit Si Sopak pun berubah menjadi halus. Selepas itu, malaikat pun menyerahkan seekor unta yang sedang bunting kepada Si Sopak.

Malaikat seterusnya pergi ke rumah Si Botak pula. Si Botak sedang menyesali nasib dirinya yang malang. Kepalanya yang botak kelihatan berkilat.

"Apakah yang engkau inginkan, wahai Botak," tanya malaikat.

"Saya ingin sembuh daripada penyakit botak ini. Biarlah rambut yang halus dan lebat tumbuh. Aku juga inginkan lembu untuk dipelihara," kata Si Botak malu-malu.

Malaikat pun mengusap lembut kepala Si Botak. Dengan izin Allah, tumbuhlah rambut yang lebat. Wajahnya pula menjadi kacak. Malaikat pun menyerahkan seekor lembu betina bunting kepada Si Botak. Si Botak pun memeliharanya sehingga beranak pinak.

Kemudian malaikat pergi pula ke rumah Si Buta. Seperti dua saudaranya yang lain, malaikat bertanya apa yang Si Buta inginkan.

"Aku inginkan mataku yang buta ini disembuhkan oleh Allah. Maka dapatlah aku melihat saudara-saudaraku," kata Si Buta.

Malaikat pun mengusap mata Si Buta. Si Buta pun membuka mata dan alangkah terperanjatnya dia apabila dia sudah dapat melihat. Malaikat pun bertanya kekayaan apakah yang Si Buta inginkan, dan apabila Si Buta meminta kambing, malaikat juga menyerahkan seekor kambing yang sihat dan sedang bunting kepadanya.

Beberapa tahun kemudian, terkenallah ketiga-tiga orang bersaudara itu kerana kekayaan masing-masing. Ternakan mereka memenuhi ladang ternakan masing-masing.

Mereka sekarang sudah digelar Tuan Sopak, Tuan Botak dan Tuan Buta. Kekayaan mereka tersebar di kalangan Bani Israel.

Allah kemudian mengutuskan malaikat untuk turun ke bumi dalam rupa seorang pengemis. Mula-mula sekali, malaikat pergi ke rumah Tuan Sopak.

"Saya ini musafir yang miskin, tuan," kata malaikat. "Tiada bekal untuk pulang. Demi Allah yang mengurniakan paras yang indah dan harta yang banyak, berilah unta seekor kepada saya untuk teruskan perjalanan."

Tuan Sopak jijik melihat musafir di depannya itu. Maka dia pun berkata: "Aku harus menyelesaikan banyak hutang. Aku tidak boleh memberi apa-apa kepada kau.

"Moga Allah mengembalikan keadaan tuan yang asal," balas malaikat yang menyerupai pengemis itu.

Selepas malaikat tersebut beredar, Si Sopak menjadi seperti dahulu. Kulitnya kembali dijangkiti sopak. Ternakan untanya semakin hari semakin susut kerana mati. Akhirnya habislah semua harta kekayaannya.

Malaikat pergi menemui Tuan Botak pula untuk meminta sedekah, Tuan Botak memberi alasan yang sama dengan Tuan Sopak. Maka malaikat pun berdoa agar Allah menjadikan Tuan Botak seperti dulu.

Kepalanya pun menjadi botak kembali. Lembu Si Botak juga mati seekor demi seekor. Maka Si Botak pun kembali miskin.

Malaikat menemui Tuan Buta pula. Lelaki itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Apabila malaikat meminta agar diberikan seekor kambing, Tuan Buta pun berkata: "Dulu aku seorang buta. Allah telah menyembuhkan mataku. Oleh itu, kau ambil mana-mana kambing yang engkau sukai untuk dibuat bekalmu."

Mendengar jawapan itu, malaikat pun berkata: "Jagalah hartamu baik-baik. Sebenarnya Allah hanya ingin mengujimu. Allah telah meredaimu, sedangkan saudara-saudaramu telah mendapat kemurkaan."

Si Buta pun menadah tangan lalu mengucapkan syukur.