Tuesday 6 December 2011

Mari penuhkan peribahasa / ungkapan 2 perkataan dibawah


1.  m _ _ a _           h _ _i
      Maksud : Orang yang suka menderma dan tidak kedekut.


2.  o _ an _           t _ n _  _h
          Maksud : Orang yang menjadi perantara dua pihak.


3.  _an _i          k _  _ b _u
     Maksud : Orang yang suka mandi tanpa membersihkan badanya. 


4.  m_ _a        d _ it _ _  
     Maksud : Seorang yang hanya mementingkan duit semata-mata


5.  k _ t _       _ m _u _
          Maksud : Orang yang suka merayau-rayau tanpa haluan sehingga
          larut malam. 






Jawapanya ialah...

1.      murah hati
2.      orang   tengah
3.      mandi kerbau
4.      mata duitan
5.      kutu embun

Friday 2 December 2011

Ungkapan yang terdiri daripada 2 perkataan

Anak Dagang
Maksudnya: Seseorang yang berasal dari luar tetapi menetap di sesuatu tempat.
Contoh Ayat: Sebagai  anak dagang, Ali terpaksa menjaga nama baiknya di tempat orang. 



Puteri Lilin
Maksudnya: Seseorang yang tidak tahan panas.
Contoh Ayat: Ah Kin seperti puteri lilin, semasa bermain di padang pun dia menggunakan payung walaupun tidak hujan.



 

Kering  Darah
Maksudnya: Berasa terkejut apabila mendengar sesuatu perkara yang mengejutkan.
Contoh Ayat: Lisa kering darah mendengar berita kemalangan itu adalah abangnya.



Patah  Hati
Maksudnya: Seseorang yang sudah putus asa atau kecewa dengan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Ganesh patah hati mendengar berita kekasihnya telah bertunang dengan orang lain.



Kering Gusi
Maksudnya: Sentiasa ketawa kerana sesuatu sebab yang sangat menggelikan hati.
Contoh Ayat: Adik Tak kering gusi menonton cerita katun yang sangat kelakar itu.