Tuesday 12 August 2014

Nabi Isa

Nabi Isa dilahirkan oleh ibunya Maryam di bawah sepohon pokok kurma. Baginda dilahirkan tanpa bapa. Oleh yang demikian Maryam dipandang buruk oleh kaumnya.
Walaupun masih kecil, Nabi Isa sudah boleh bercakap. Baginda menasihati ibunya supaya bernazar tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.
Ketika Maryam berjalan di tengah-tengah orang ramai, kaumnya mengejek Maryam. Tiba-tiba Nabi Isa yang masih kecil bercakap membela ibunya dengan lantang. Mereka terkejut mendengar bayi yang boleh bercakap. Lalu mereka tunduk malu kepada Nabi Isa yang masih bayi.
Sewaktu kecil, Nabi Isa dikagumi oleh kaum baginda kerana mampu mengetahui perkara ghaib.
Setelah Dewasa, Nabi Isa diutuskan menjadi rasul. Baginda menyeru kaum Bani Israel menyembah Allah tetapi ditolak dan dihina.
Baginda menunjukkan mukjizat dengan mampu menyembuhkan orang yang buta dan menghidupkan orang mati.
Kaum Bani Israel tetap mempersendakan Nabi Isa. Bahkan mereka cuba membunuh Nabi Isa.
Pada suatu hari, ketika kaum Bani Israel mengejar Nabi Isa untuk dibunuh, Allah menukarkan seorang lelaki menyerupai baginda. Kaum Bani Israel telah menangkap lelaki yang disangkakan Nabi Isa itu untuk mengikat pada salib dan dibunuh.
Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah dengan diangkat ke langit. Sedangkan kaumnya menyangkakan Nabi Isa telah dibunuh. Allah Maha berkuasa mengelirukan mereka.

credit to http://kisahnabinabi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment