Credit to FB Islam Di Hatiku
Thursday, 10 October 2013
Fadhilat orang yang solat
Credit to FB Islam Di Hatiku
Thursday, 12 September 2013
Kisah binatang yang bernama huraisy
Dikisahkan
dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur
binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah
jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"
Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.
Friday, 30 August 2013
Hikmah meninggalkan cakap bohong!
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada
suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana
hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki
itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan
payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah
engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu,
dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi
dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya
upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat
dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu
berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh
Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya
terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila
ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik
hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat
segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah
mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku
akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam
pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Wednesday, 10 July 2013
Kisah Lima Perkara Aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika
dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada
suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau
dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah,
kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau
putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke
barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar
berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang
tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit
itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba
bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu
pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh
manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan
sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan,
lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka
berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia
pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas
itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung
helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung
kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu
dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang
itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah,
aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu
janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu
tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan
perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu
memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah
mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari
dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama
kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun
bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke
rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya
Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di
dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa,
"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar
seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta
menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua;
semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak
jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu
khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah
untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau
yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari
orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam
diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam
kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari
ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti
ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang
Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Saturday, 25 May 2013
Batu-batu yang ajaib
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki
wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang
sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat
penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap
hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda
Rasulullah mengatakan :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih
mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah
mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa
tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa
segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu
ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan
hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu
kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka
tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia
pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak
memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana
saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga
untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu
neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang
mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu
daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh.
Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau
kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak
akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan
aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang
masuklah engkau ke dalam syurga."
Wednesday, 1 May 2013
Latihan kata Sendi 2
1. Nurul makan buah durian _________________ dia kenyang.
a. kepada
b.untuk
c. pada
d. Sejak
a. sejak
b. terhadap
c. sampai
d. dengan
2.Hidung Nina mancung ____________________ seludang .b. terhadap
c. sampai
d. dengan
a. bak
b. sejak
c. hingga
d. tentang
3. Albert tidak dapat berjalan ___________________ terlibat dalam satu kemalangan jalan raya .b. sejak
c. hingga
d. tentang
a. pada
b. kepada
c. hingga
d. sejak
4. Kami menunggu Talib _____________________ rumah Erina .b. kepada
c. hingga
d. sejak
a. ke
b. sejak
c. d. ari
d. di
5. Nina , Penyebit rambut yang kamu cari itu ada ________________ Leela .b. sejak
c. d. ari
d. di
a. Pada
b. ke
c. kepada
d. daripada
6. Nasihat awak kepadanya __________________ mencurah air ke daun keladi .b. ke
c. kepada
d. daripada
a. terhadap
b. sampai
c. Umpama
d. tentang
7. Kami bersembunyi ____________________ dalam semak _____________ mengelak orang jahat itu.b. sampai
c. Umpama
d. tentang
a. ke .... pada
b. di .... untuk
c. dari .... sejak
d. di .... hingga
8. Surat itu saya terima _________________ emak saudara yang tinggal ___________ Filipina .b. di .... untuk
c. dari .... sejak
d. di .... hingga
a. dari .... di
b. pada ... ke
c. dari .... ke
d. daripada .... di
9. Encik krishnan menceburi bidang perniagaan ________________ kecil .b. pada ... ke
c. dari .... ke
d. daripada .... di
a. pada
b. kepada
c. dari
d. sejak
10. Perhimpunan pemimpin bersama rakyat telah diadakan __________________ Sabtu lepas .b. kepada
c. dari
d. sejak
a. kepada
b.untuk
c. pada
d. Sejak
Friday, 12 April 2013
Gubah cerita dongeng anda!
Pada zaman dahulu,seekor ibu kambing
telah melahirkan tujuh ekor anak. Pada suatu hari,ibu kambing hendak
keluar mencari makanan.Ibu kambing memberitahu kepada anak
anaknya,"Serigala sangat licik,jadi apabila kamu semua mendengar suara
dan melihat empat kuku hitamnya,jangan buka pintu."
Serigala berasa begitu
gembira setelah melihat ibu kambing meninggalkan rumahnya.Ia pun
mengetuk pintu dengan kuat,"Cepat buka pintu,ibu sudah balik!"Tetapi
anak anak kambing berkata,"Ini bukan suara ibu,suara ibu sangat lembut
dan halus."
Serigala tidak putus
asa.Ia membeli kapur dan memakannya.Hasilnya,suara telah menjadi
lembut.Kemudian ia pergi mengetuk pintu rumah kambing."Cepat buka
pintu,ibu sudah balik dan membawa banyak makanan yang enak!"
Walaupun suara serigala
telah menjadi lembut,tetapi anak anak kambing telah melihat kuku hitam
dan tajam itu,lalu berkata,"Kamu bukan ibu kami.Kamu adalah serigala
kerana kamu ada kuku yang hitam lagi tajam."
Serigala mencari tuan
kilang penggilaing dan memaksanya membuatkan kuku hitam menjadi
putih.Serigala sekali lagi mengetuk pintu rumah kambing.Anak anak
kambing melihat kuku putih itu dan menyangkakan ibu mereka telah balik.
Setelah anak anak kambing
membukakan pintu,serigala terus menelan enam ekor anak kambing sekali
gus.Seekor anak kambing yang terselamat sempat bersembunyi di bawah
kotak jam.Setelah kenyang,serigala tertidur di bawah sepohon pokok.
Apabila ibu kambing
balik,ia melihat keadaan rumah yang kucar kacir itu.Ia terus mencari
anak anaknya.Akhirnya ia menjumpai anak kambing yang bersembunyi di
bawah kotak jam.
Anak kambing yang
terselamat itu memberitahu ibunya perkara yang telah terjadi.Ibu kambing
berasa begitu sedih dan berkata,"Serigala sudah kekenyangan,mesti ia
tidak pergi jauh dari sini.Kita pergi carinya sekarang juga!"
Akhirnya ibu kambing dan
anaknya menjumpai serigala yang sedang tidur di bawah pokok.Ada sesuatu
yang bergerak di dalam perut serigala.Jadi ibu kambing pun menyuruh
anaknya balik ke rumah mengambil gunting dan jarum.
Ibu kambing terus
membelah perut serigala dengan gunting.Ia berjaya menyelamatkan keenam
enam ekor anaknya.Anak anak kambing tidak mengalami sebarang
kecederaan.Ini kerana serigala hanya menelan dan tidak mengunyah
mereka.Apabila ibu kambing melihat anak anaknya masih hidup,ia berasa
begitu gembira.
Ibu kambing menyuruh anak
anak mencari batu batu untuk diisi ke dalam perut serigala.Setelah
memasukkan batu batu sehingga penuh,ibu kambing menjahit semula perut
serigala.Setela serigala terjaga,ia merasa kekenyangan dan berasa sangat
dahaga.
Serigala berjalan ke
tebing sungai.Ia tidak boleh berjalan cepat kerana perutnya berat.Ia
masih tidak menyedari bahawa perutnya telah diisi penuh dengan batu.
Oleh kerana perutnya
terlalu berat,ketika serigala membongkok untuk meminum air,ia telah
terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.Ibu kambing dan anak anaknya
berasa begitu gembira apabila melihat serigala telah mati lemas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
