Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki
wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang
sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat
penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya
kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap
hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda
Rasulullah mengatakan :
"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih
mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah
mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu :
"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa aku bersumpah bahwa
tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan
ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa
segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu
ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan
hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu
kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka
tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu
menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia
pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak
memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana
saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang
bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga
untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu
neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang
mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu
daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh.
Di situlah Allah berfirman yang bermaksud :
"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau
kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak
akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan
aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang
masuklah engkau ke dalam syurga."
No comments:
Post a Comment