Wednesday, 27 February 2013

Larangan memukul anak kecil yang sedang menangis

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak- anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Karena pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bunda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.)

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bunda nya.

Rasulullah SAW Bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapaknya.

Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapaknya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya. ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Sabda Rasulullah SAW ;"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada." (HR. Muslim)




Saturday, 16 February 2013

Pengisian Untuk Kita Semua Fahami

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM
INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di Amalkan……Surah ini paling pendek..hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud Sungai di Syurga…Kolam Sungai ini diperbuat daripada batu Permata nan Indah & Cantik.

Rasanya lebih manis daripada Madu…Warnanya pula lebih Putih daripada Susu dan lebih Wangi daripada Kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah Penghibur Hati Nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda Bersedih atas Kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan Bapa Saudara nya abu Thalib.

♥Baca surah ini ketika Hujan Turun dan Berdoa…mudah-mudahan ALLAH SWT Memakbulkan doa kita.

♥Jika kita Kehausan dan tiada Air….bacalah surah ini dan Gosokan di Leher…In Shaa ALLAH hilang Dahaga

♥Jika sering sakit Mata…seperti Berair…Gatal2..Bengkak sapukan Air Mawar yang sudah dibaca kan surah ini sebanyak 10x pada Mata.

♥Jika Rumah dipercayai terkena Sihir…baca lah surah ini 10x muda-mudahan ALLAH SWT bagi ilham kepada kita dimana letaknya Sihir itu.

♥Jika membacanya 1, 000x Rezeki kita akan Bertambah

♥Jika rajin membacanya….hati kita akan menjadi Lembut dan Khusyuk ketika Menunaikan Solat

♥Jika orang Teraniaya dan Terpenjara membacanya sebanyak 71x….ALLAH SWT akan memberikan Bantuan kepadanya kerana dia tidak Bersalah tetapi diZalimi.

Rasulullah bersabda:...."Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamal kan…maka walaupun yang menyampai kan sudah tiada (Meninggal Dunia)…dia akan tetap memperolehi Pahala”

Sumber & kredit kepada Naura Auni

Friday, 18 January 2013

Tips - mari baca

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~ Dipetik dari Prof. Dr. Muhaya

Thursday, 3 January 2013

Doa-doa untuk memusnahkan sel-sel kanser

Istirgfar 10x
Selawat 10x
al-Fatihah 1x

Surah Al-maidah (83-91)
Surah Al-Araf (70-810
Surah Ra'd (16-28)
Surah Al Anbiyaa (38-50)
Surah Asy Syu'ara (185-227)
Surah Az zummar (42-52)
Surah Ghafir (67-77)
Surah Az Zukhruf (52-70)

Friday, 23 March 2012

Peribahasa lagiii..

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. 

yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Tuesday, 14 February 2012

Peribahasa - maksudnya



mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

berbesar hati
Maksud : Gembira.

anak buah
Maksud : Anak saudara

tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

batu penghalang
Maksud : Halangan

untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

bagai ikan pulang ke lubuk
Sila jawab maksudnya…..