masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
|
Maksud : Menyesuaikan diri dengan
tempat dan keadaan
|
ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
|
Maksud : kesilapan yang dilakukan
oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
|
memerah
otak
|
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
|
kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
|
Maksud : Tak akan tercapai
maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
|
berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian
|
Maksud : Bersusah payah terlebih
dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
|
yang
bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
|
Maksud : Sesuatu benda tidak akan
datang tanpa usaha
|
sedikit-sedikit,
lama-lama jadi bukit
|
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu
lama-lama berhasil juga.
|
bak
cendawan tumbuh selepas hujan
|
Maksud : Terlalu banyak pada
sesuatu masa.
|
bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
|
Maksud : Kata sepakat yang dicapai
dalam mesyuarat.
|
yang
kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
|
Maksud : Bernasib malang kerana
setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
|
Friday, 23 March 2012
Peribahasa lagiii..
Labels:
peribahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment