Friday, 25 November 2011

Lagi 10 Peribahasa ....




Bagaimana Acuan Begitulah Rupa Kuihnya..
Maksudnya: Seseorang anak itu akan mengikut budi pekerti / perangai ibu bapanya.



Bagai Menatang Minyak Yang Penuh
Maksudnya: Anak yang dikasihi dan di pelihara dengan penuh sempurna



Berapa Tinggi Terbang Bangau
Akhirnya Hinggap Di Belakang Kerbau Juga...
Maksudnya: Sejauh mana sekalipun seseorang itu merantau,
akhirnya pulang juga ke tempat asalnya





Alah Bisa Tegal Biasa
Maksudnya: Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa kesukarannya.



Berjagung-jagung Dahulu Sementara Menanti Padi Masak
Maksudnya: Sementara menunggu sesuatu yang baik, 
lakukanlah sesuatu perkara / kegiatan  yang lebih baik dan berfaedah.



Bagai Tikus Membaiki Labu
Maksudnya: Seseorang yang berusaha memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, 
akhirnya boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk..



Diam-Diam Ubi Berisi, Diam-Diam Besi Berkarat
Maksudnya: Diam-diam seseornag berilmu itu berfikir dan
mendapat faedahnya sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.



Belakang Parang Pun Kalau Diasah Nescaya Tajam
Maksudnya: Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar 
dengan bersungguh-sungguh akan menjadi pandai



Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah
Maksudnya: Berani bertindak demi menegakkan kebenaran



Besar Periuk Besar Pula Keraknya
Maksudnya: Orang yang berpendapatan besar maka besar pula perbelanjaannya.


11 comments:

  1. saya suka peribahasa ini...maksudnya pula padat dan tepat...

    ReplyDelete
  2. untuk PT3 ada ka................

    ReplyDelete
  3. best.saya duk cari peribahasa yang akan datang untuk peperiksaan.peperiksaan keluar bagai tikus membaiki labu dan bagai menatang minyak yang penuh...terima kasih...memang terbaik..

    ReplyDelete