Nabi
Isa dilahirkan oleh ibunya Maryam di bawah sepohon pokok kurma. Baginda
dilahirkan tanpa bapa. Oleh yang demikian Maryam dipandang buruk oleh
kaumnya.
Walaupun
masih kecil, Nabi Isa sudah boleh bercakap. Baginda menasihati ibunya
supaya bernazar tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.
Ketika
Maryam berjalan di tengah-tengah orang ramai, kaumnya mengejek Maryam.
Tiba-tiba Nabi Isa yang masih kecil bercakap membela ibunya dengan
lantang. Mereka terkejut mendengar bayi yang boleh bercakap. Lalu mereka
tunduk malu kepada Nabi Isa yang masih bayi.
Sewaktu kecil, Nabi Isa dikagumi oleh kaum baginda kerana mampu mengetahui perkara ghaib.
Setelah Dewasa, Nabi Isa diutuskan menjadi rasul. Baginda menyeru kaum Bani Israel menyembah Allah tetapi ditolak dan dihina.
Baginda menunjukkan mukjizat dengan mampu menyembuhkan orang yang buta dan menghidupkan orang mati.
Kaum Bani Israel tetap mempersendakan Nabi Isa. Bahkan mereka cuba membunuh Nabi Isa.
Pada
suatu hari, ketika kaum Bani Israel mengejar Nabi Isa untuk dibunuh,
Allah menukarkan seorang lelaki menyerupai baginda. Kaum Bani Israel
telah menangkap lelaki yang disangkakan Nabi Isa itu untuk mengikat pada
salib dan dibunuh.
Nabi
Isa telah diselamatkan oleh Allah dengan diangkat ke langit. Sedangkan
kaumnya menyangkakan Nabi Isa telah dibunuh. Allah Maha berkuasa
mengelirukan mereka.
credit to http://kisahnabinabi.blogspot.com
credit to http://kisahnabinabi.blogspot.com