1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini,
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan
menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka
kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap
adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun.
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada
anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya
mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka
kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan
asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul
itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan
mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat
penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3) Umur anak-anak
15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada
tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN
dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang
perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah
dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka
ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak
bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan
mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang
lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah
orang tua mereka.
Kesannya,
tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai
tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan
terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan
semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN
dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau,
nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka
adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di
luar rumah.
Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa
jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat
yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk
tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.